Friday, 27 May 2011

Lepas Dan Doakan Kebahagiaan Dia .. =)

Tak lama lagi , saya nak sambung belajar dah kat uniMAP . 5 JUN 2011 tarikh daftar , tapi 4 JUN kena bertolak dah . Sebab uniMAP tu kat Perlis . Perjalanan yang jauh . Saya dah pernah masuk universiti sah sebelum ni . UITM Penang . Saya amik kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik . Tapi dah kena 'kick' sebab result exam saya hari tu tak memuaskan . Takpelah , silap saya juga . Banyak main . Hati liar sangat . Jumpa itu nak itu , jumpa yang ini nak ini pula . haha !
Tapi kali ini , saya nak buat betul-betul dah , saya tak nak main-main dah. Kalau boleh , saya nak belajar je . Pasal dunia hiburan dan 'cinta' saya akan ketepikan buat sementara waktu . Lagi pun , hati saya dah tutup disebabkan seseorang . Tapi saya tak salahkan dia pun , salah saya sendiri juga kerana menaruh harapan yang tinggi sangat pada dia .Adalah satu hari tu saya luahkan semua isi hati saya pada dia . Sampai persahabatan kita berdua putus . Yang peliknya pada masa itu , tak ada langsung perasaan marah atau benci pada dia . Alhamdullilah saya dah buat persediaan dan Allah pun bagi saya semangat untuk memaafkan dia dan terima dia kembali sebagai seorang kawan . Jikalau dia mahu lembali ke pangkuan saya , mungkin saya akan fikir dulu sebelum membuat keputusan . Orang tua pernah berkata , "pokok pisang tak akan berbuah dua kali melainkan dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa "
Tapi saya dah tak amik kira dah semua tu . Saya tak nak letak apa-apa harapan dah pada dia walaupun dia berjanji macam mana sekali pun . Dan perkara yang sama akan berlaku pada mana-mana perempuan yang ingin berkawan dengan saya . Sebab saya dah serik . Saya takut hati saya akan berdarah lagi sebelum luka lama sempat diubati .
Dahlah , saya tak mahu dah cerita pasal semua ini . Azam saya cuma nak sambung belajar  , belajar , belajar . Saya nak belajar sampai saya dapat segulung ijazah . Dan selepas itu , saya akan kembali ke alam pekerjaan semula . InsyaAllah , kalau jodoh dah sampai suatu hari nanti . Allah akan tolong saya bukakan hati ini untuk gadis bertuah itu . Allahualam . Sekian ..

1 comment: